kuanter

gmbr

 photo a6c00176-fec8-44d8-8f87-795d07125fc8_zps54bc22ac.jpg

pentunjuk

Pink Bow Tie

Wednesday, 13 March 2013

Ilmu :)


Rasulullah SAW pernah berpesan: "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)".
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar, Hadis Marfu').

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Tatkala Rasulullah SAW ditanyakan mengenai tempat yang terbaik dan terburuk di bumi, maka Nabi SAW menjawab, 'La adri.' Sehingga datang Jibril kepada Baginda dan ditanya kepada Jibril. Jibril menjawab, "La adri." Sehingga kemudian Allah taala sendiri yang memberitahu kepada Baginda bahawa tempat yang terbaik adalah masjid, manakala tempat yang terburuk adalah pasar." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya'la, Al-Bazzar dan Al-Hakim daripada Ibnu Umar).

Kata Imam Ghazali, "Jikalau mereka ditanya mengenai hukum yang benar-benar jelas ada dalam al-Quran dan Sunah, Ijmak dan Qias maka berfatwalah mereka. Dan apabila ditanya kepada mereka sesuatu yang diragukan, maka mereka akan menjawab, 'La adri (aku tidak tahu)', jika mereka ditanya mengenai sesuatu yang hampir diyakininya, berdasarkan ijtihad dan tekaan mereka, maka mereka akan berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawapan kepada orang lain, jika ada kemampuan tersebut pada orang lain."

Berkatalah perkara yang benar atau mengatakan "tidak tahu" seandai tidak tahu adalah lebih baik dari berkata-kata dusta.

Sebarkan...~Sharing is loving~
(^_^)


No comments:

Post a Comment