kuanter

gmbr

 photo a6c00176-fec8-44d8-8f87-795d07125fc8_zps54bc22ac.jpg

pentunjuk

Pink Bow Tie

Monday, 16 April 2012

Definisi Cinta

Cantik kan pic nie .. Cute...


>> DEFINISI CINTA..<<

✿~ Indahnya cinta jika BERPAKSIKAN kepada yang Esa..

✿~ Indahnya cinta jika DICURAHKAN kepada Baginda(Rasulullah)..

✿~ Indahnya cinta jika IBUBAPA dibelai MESRA..

✿~ Indahnya cinta jika tidak DINODAI dengan DOSA..

✿~ Indahnya cinta jika tidak TERKORBANNYA MARUAH yang BERHARGA..

✿~ Indahnya cinta jika diakhiri dengan PERNIKAHAN yang sejahtera..


p/s : Demi membina mahligai CINTA yang DIREDHAI olehNya..segalanya bermula dari 

Dia..♥♥

Saturday, 14 April 2012

Cantik nya rambut ...

nice lah.. hehe, tp...
nak KonGsi 1 nasihat ..

Wahai wanita..

Cantik rambut kamu.. lurus.. panjang.. wangi.. lembut pula tu.

Cuba kamu bayangkan rambut kamu tu , digantung.

Kemudian di bakar dengan api neraka hingga mendidih otaknya. Kamu mati, kemudian dihidupkan semula. Digantung dan di bakar lagi hingga mendidih otaknya.

Begitulah azab ahli neraka yang berlarutan.

Bila lagi wahai wanita Islam kamu hendak menutup aurat?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)."

(al-Ahzab: 33)..

Friday, 13 April 2012

Wanita Solehah Perhiasan Dunia

1. Wanita yang menjadikan Al-Quran dan Al Hadist sebagai sumber hukum dalam mengatur seluruh aspek kehidupannya, 


2. Wanita yang Ibadahnya baik dan memiliki akhlak serta budi pekerti yang mulia. Tidak hobi berdusta, bergunjing dan ria. 


3. Wanita yang Berbuat baik dan berbakti kepada orangtuanya. Ia senantiasa mendoakan orangtuanya, menghormati mereka, menjaga dan melindungi keduanya.


4. Ia taat kepada suaminya.Menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dengan kehidupan yang Islami. Jika dilihat menyenangkan, bila dipandang menyejukkan dan menentramkan bila berada didekatnya. Hati akan tenang bila meninggalkannya pergi. Ia melayani suaminya dengan baik, berhias hanya untuk suaminya, pandai membangkitkan gairah dan memotivasi suaminya untuk berjuang membela agama Allah. 


5. Ia tidak bermewah-mewah dengan dunia, tawadhu, bersikap sederhana. Kesabarannya luar biasa atas janji-janji Allah, ia tidak berhenti belajar untuk bekal hidupnya nanti. 


6. Ia bermanfaat dilingkungannya. Pengabdiannya epada masyarakat dan agama sangat besar. Ia menghadap kepada Allah dengan kedua tangan dan lisannya yang lembut, hatinya yang bersih, akalnya yang cerdas dan dengan hartanya. 

7. Ia Berusaha menjadikan potensi yang ada pada dirinya sebagai sumber penghasilan yang dapat membantu perekonomian keluarga minimal untuk berinfaq,bersadaqah dan berzakat. 

8. Ia Senantiasa mengingatkan suaminya agar mencari nafkah dengan cara yang halal,tidak menipu dan korupsi. 


9. Ia menjadi orang yang bermanfaat disekelilingnya. Menjadi contoh dan tauladan bagi orang-orang yang mengenalnya. 


10. Ia pandai mengelola keuangan keluarga dengan berinvestasi yang aman menguntungkan.

Monday, 9 April 2012

AKU PUTUS!!

Assalamualaikum


 “Aku dan dia dah putus…” 

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun. 


“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?” “Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….” .


beberapa bulan kemudian 


 “Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

 “kau ada jawapan?” …senyum

” ada…mudah.”

 “Apa dia?”

 “Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

 “Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

 “Maksud kau?”

 “Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

 “Teruskan aku dengar…”

 “Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi. Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

 “so sekarang?”

 “aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

 “Lelaki? Cinta?”

 “Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

 “Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

 “Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak. Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang .Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur


 “ p/s : Semoga bermanfaat

 MANUSIA :

 BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain 
 PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain 
 BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….