Hindarkan soalan seperti ini. Kerana dibimbangi boleh mengguris jiwa orang yang anda tanya.
"Eh, belum kahwin? Umur semakin tua, nanti susah kahwin lewat-lewat. Ke sebab tak laku?"
Atau.
"Laa, dah kahwin lama tak belum dapat anak? Eh, tak payahla rancang-rancang ni. Tengok si fulan tu kahwin seminggu terus mengandung. Kau tak nak anak ke?"
Kedua-dua soalan begini tidak sepatutnya ditanya oleh orang yang mengerti ketentuan Allah SWT. Kita tak tahu yang mereka berusaha siang malam ke arah itu, tetapi kita menyakiti hati dengan bertanya sebegitu. Mereka bukan Tuhan untuk menciptakan pasangan hidup dan anak cahayamata.







No comments:
Post a Comment